Mencari maklumat tentang cerun boleh mengambil masa dan terasa membebankan, dengan begitu banyak istilah teknikal dan garis panduan yang perlu diteliti. Kadangkala pula, kita tidak tahu di mana hendak mula mencari. Oleh itu, kami telah mengumpulkan koleksi maklumat berguna sebagai titik permulaan untuk pencarian anda, dan mudah-mudahan dapat menjawab beberapa persoalan yang anda mungkin ada. Maklumat ini juga telah kami kategorikan untuk memudahkan anda — selamat melayari!

Cerun Sedia Ada
Berikut ialah beberapa risalah, poster dan garis panduan daripada agensi teknikal untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang cerun.
BELAJAR
Ketahui lebih lanjut tentang cerun di sekeliling anda: ciri-ciri cerun, faktor yang menjadikannya tidak stabil, mekanisme tanah runtuh, serta beberapa konsep utama dalam keselamatan cerun.
PEMANTAUAN
Kenali tanda-tanda tanah runtuh dan ketahui pihak yang perlu dihubungi apabila anda melihat tanda-tanda tersebut di cerun yang terlibat. Mulakan sistem amaran awal melalui pemerhatian.
PENYELENGGARAAN
Penyelenggaraan cerun boleh dilakukan oleh bukan jurutera. Lihat 10 tip penyelenggaraan mudah yang boleh dilakukan oleh penduduk secara berkala.
RESPON KECEMASAN
Perancangan menghadapi kecemasan tanah runtuh adalah satu keperluan jika anda tinggal di kawasan cerun bukit. Mengetahui apa yang perlu dilakukan apabila bencana berlaku boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Cerun Baru
Semua pembangunan cerun baharu mesti mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam garis panduan persekutuan serta garis panduan negeri di mana pembangunan tersebut dicadangkan.
PERKARA UTAMA DALAM GARIS PANDUAN
Mengikut Akta 172, semua pembangunan perlu dapat kelulusan perancangan sebelum kerja bermula. Ini termasuk sebarang ubah suai tanah, seperti mengorek tanah atau mengubah suai bangunan.
Setiap negeri memerlukan maklumat, analisis dan reka bentuk yang lengkap sebelum sesuatu pembangunan boleh diluluskan.
PERKARA UTAMA DALAM GARIS PANDUAN
Garis Panduan Persekutuan bagi Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
NOTA: “In-situ” bermaksud cerun sedia ada dalam keadaan asalnya.
Pengelasan Cerun | Pembangunan Dibenarkan | Keperluan Teknikal |
---|---|---|
Kelas 1 - Terain in-situ dengan kecerunan < 15° - Cerun yang dipotong dengan kecerunan < 15° | Tanah Rendah (bawah 150m) dan Tanah Bukit (150m-300m): Boleh dipertimbangkan untuk semua jenis pembangunan tertakluk kepada rancangan tempatan/rancangan pemajuan. Tanah Tinggi (300m-1,000m): - Boleh dipertimbangkan untuk pembangunan eko-pelancongan berimpak rendah dan rekreasi (tertakluk kepada keperluan). - Kemudahan Masyarakat berimpak rendah boleh dipertimbangkan mengikut keupayaan tampungan kawasan. Gunung (atas 1,000m): Tidak dibenarkan sebarang Pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah. | a. Laporan Kajian Geoteknik dan Analisis Kestabilan Cerun disediakan oleh jurutera geoteknik (soil structure); b. Laporan Pemetaan Geologi dan Geomorfologi disediakan oleh ahli Geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi; c. Laporan Perparitan dan Pengairan mengikut Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Hidrologi); d. Laporan EIA yang disediakan oleh perunding EIA berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi pembangunan melebihi 50 hektar e. Pelan Kerja Tanah disediakan oleh Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Bagi Kelas I dan Kelas II, hanya projek pembangunan yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu disediakan Laporan EIA. |
Kelas 2 - Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun - Terain in-situ dengan kecerunan < 15° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun - Puncak Bukit atau rabung (ridges) - Terain in-situ dengan kecerunan < 15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi - Kawasan ancaman banjir | Tanah Rendah (bawah 150m) dan Tanah Bukit (150m-300m) (syarat berdasarkan ketinggian): a. Perumahan kepadatan tinggi b. Perniagaan deret c. Pejabat (free standing) d. Pelancongan e. Institusi latihan Tanah Tinggi (300m-1,000m): - Boleh dipertimbangkan untuk Pembangunan eko-pelancongan berimpak rendah dan rekreasi - Kemudahan Masyarakat berimpak rendah boleh dipertimbangkan mengikut keupayaan tampungan kawasan Gunung (atas 1,000m): Tidak dibenarkan sebarang Pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah. | a. Laporan Kajian Geoteknik dan Analisis Kestabilan Cerun disediakan oleh jurutera geoteknik (soil
structure) b. Laporan Pemetaan Geologi dan Geomorfologi disediakan oleh ahli Geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi c. Laporan Perparitan dan Pengairan mengikut Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Hidrologi) d. Laporan EIA disediakan oleh perunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi pembangunan melebihi 50 hektar e. Pelan Kerja Tanah disediakan oleh Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Bagi Kelas I dan Kelas II, hanya projek pembangunan yang tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu disediakan Laporan EIA. |
Kelas 3 - Terain in-situ dengan kecerunan > 25° hingga < 35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun - Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° dengan tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana hingga teruk dan ketidakstabilan cerun - Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif - Terain in-situ dengan kecerunan < 15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitive dengan mempunyai tandatanda ketidakstabilan cerun - Kawasan yang terdiri dari batu kapur, paya, tanah gambut dan bekas lombong - Kawasan ancaman banjir lumpur | Tanah Rendah (bawah 150m) dan Tanah Bukit (150m-300m) (syarat berdasarkan ketinggian): a. Perumahan b. Perniagaan deret c. Pejabat (free standing) d. Pelancongan e. Institusi latihan Tanah Tinggi (300m-1,000m): Boleh dipertimbangkan untuk rekreasi berimpak rendah yang tidak melibatkan mendiri struktur pembinaan. Contohnya boleh dipertimbangkan bagi tapak perkhemahan dan lain-lain aktiviti pemeliharaan. Gunung (atas 1,000m): Tidak dibenarkan sebarang Pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah. | a. Laporan Kajian Geoteknik dan Analisis Kestabilan Cerun disediakan oleh jurutera geoteknik (soil
structure) b. Laporan Pemetaan Geologi dan Geomorfologi disediakan oleh ahli Geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi c. Laporan Perparitan dan Pengairan mengikut Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Hidrologi) d. Laporan EIA disediakan oleh perunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar e. Pelan Kerja Tanah disediakan oleh Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Bagi Class III, Laporan EIA perlu disediakan untuk semua projek pembangunan. |
Kelas 4 - Terain in-situ dengan kecerunan > 35o dengan ketiadaan tandatanda hakisan dan ketidakstabilan cerun - Terain in-situ dengan kecerunan > 25° hingga < 35° dengan tandatanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun - Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif - Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif - Kawasan ancaman banjir puing (debris flow) | Tidak dibenarkan sebarang Pembangunan kecuali pembinaan infrastruktur seperti jalan, terowong, jambatan, telekomunikasi, elektrik berkepentingan nasional yang berintensiti rendah. | a. Laporan Kajian Geoteknik dan Analisis Kestabilan Cerun disediakan oleh jurutera geoteknik (soil
structure) b. Laporan Pemetaan Geologi dan Geomorfologi disediakan oleh ahli Geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi c. Laporan Perparitan dan Pengairan mengikut Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang disediakan oleh jurutera hidrologi yang berdaftar dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (Hidrologi) d. Laporan EIA disediakan oleh perunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar e. Pelan Kerja Tanah disediakan oleh Jurutera yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Laporan EIA terperinci di kawasan > 1,000m dan Kelas IV untuk pembangunan infrastruktur berkaitan disediakan oleh perunding EIA dengan kelulusan Jabatan Alam Sekitar. Semua laporan teknikal perlulah disemak oleh Jabatan Teknikal yang berkenaan. |
Syarat-Syarat Tambahan bagi Semua Kelas: i. Pembangunan-pembangunan lain selain yang diperuntukkan di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan perlu diangkat ke MPFN untuk mendapat nasihat; ii. Hendaklah menjalankan perancangan kejuruteraan dan kajian seni bina yang menyeluruh; iii. Hendaklah menggunakan teknologi terkini yang mesra alam sekitar; iv. Pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira aspek penyelenggaraan, penyeliaan, pemantauan dan penguatkuasaan; v. Pemaju hendaklah mengambil insurans atau bon supaya bertanggungjawab terhadap pembangunan yang dijalankan; vi. Pemaju hendaklah bertanggungjawab ke atas cerun-cerun yang dibina dan syarat ini hendaklah dimasukkan sebagai salah satu syarat semasa permohonan kebenaran merancang dipertimbangkan; vii. Perunding yang menjalankan kajian di atas hendaklah mempunyai kepakaran, berwibawa dan mempunyai pengalaman serta kelayakan yang sesuai; viii. Pertimbangan perlu diberikan terhadap loading factor pembangunan di kawasan berbukit; dan ix. Syarat-syarat kejuruteraan hendaklah diperketatkan ke atas pembangunan di kawasan tanah tinggi, manakala cerun hendaklah dibuat pemeriksaan setiap 5 tahun. |
GARIS PANDUAN NEGERI
GARIS PANDUAN LAIN
Semua pembangunan cerun baharu mesti mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam garis panduan persekutuan serta garis panduan negeri di mana pembangunan tersebut dicadangkan.
PERANCANGAN DAN KELULUSAN BAGI KERJA CERUN DAN PEMBANGUNAN KAWASAN BERBUKIT

Geologi
Geologi dan air bawah tanah sangat penting untuk kestabilan cerun. Pelajari apa yang terdapat di bawah tanah di mana bumi kita dipijak.
Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) ialah sebuah platform dalam talian yang dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan, dan berkongsi data geoteknik dan berkaitan cerun di Malaysia. Ia terdiri daripada pangkalan data berpusat serta alat sokongan keputusan untuk membantu pakar menilai keselamatan cerun, menjalankan pemantauan dan penyelenggaraan cerun. Platform ini juga membantu jurutera, perancang, dan pihak berkuasa tempatan membuat keputusan yang berinformasi bagi pembangunan kawasan berbukit, penstabilan cerun, dan pengurangan risiko bencana.
Bagi orang awam, terdapat pelbagai maklumat dan peta yang merangkumi pelbagai topik, daripada air bawah tanah, sumber mineral, geopark, hingga kepada pembentukan geologi.

Pokok dan Tumbuhan di Cerun
Penduduk sering bertanya: pokok atau tumbuhan apa yang sesuai ditanam di cerun? Ketahui cadangan pakar arborikultur.
TUMBUHAN APA YANG SESUAI UNTUK CERUN?
Rumput Vetiver sesuai kerana akarnya yang panjang dan kuat (3–4 m), mengikat tanah, mengurangkan hakisan dan tanah runtuh. Ia tumbuh padat, memperlahankan aliran air, dan membantu air meresap ke tanah.

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG POKOK DARIPADA PERSATUAN ARBORIS MALAYSIA

Penerbitan

Slopes Made Simple oleh Ir Shaik Abdul Wahed Dato’ Hj. Rahim adalah panduan praktikal dan visual yang memudahkan konsep kejuruteraan dan penyelenggaraan cerun, membantu orang awam dan profesional memahami serta mengurus risiko cerun dengan lebih baik.

Two Decades from the Indian Ocean Tsunami: Key Challenges and Advancements mengulas tentang perkembangan pengurangan risiko bencana sejak tsunami Lautan Hindi 2004. Bab “Pembangunan dan Kemajuan Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti di Malaysia” oleh Takako Izumi dan Eriko Motoyama memberi tumpuan kepada cara Malaysia menangani risiko bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

Inisiatif Komuniti

PUSAT SUMBER PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR) KOMUNITI
Idea penubuhan Pusat Sumber DRR Komuniti berasal daripada penduduk Ulu Klang di bawah Program Perkongsian SeDAR JICA. Pusat DRR ini merupakan tempat di mana komuniti dan orang awam boleh mempelajari tentang pengurangan risiko bencana, dengan tumpuan pada aspek persediaan dan mitigasi.
Pusat ini terletak di dewan komuniti di Bukit Antarabangsa, di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ia menampilkan galeri maklumat DRR yang berguna, serta model 3D yang menunjukkan lokasi cerun dan aliran air di kawasan tersebut.
Pusat ini juga berfungsi sebagai tempat pertemuan komuniti di mana penduduk, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, NGO/CBOS, dan kumpulan lain berkumpul untuk berbincang, menyebarkan maklumat, dan berkongsi pengetahuan mengenai isu alam sekitar dan bencana yang penting untuk kita semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai program SeDAR DRR dan Pusat Sumber DRR, layari www.jppsedar.net.my
Untuk memuat turun brosur Pusat Sumber DRR, klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris (dan di sini untuk versi Bahasa Malaysia)

Pengurusan Bencana
Di Malaysia, pengurusan bencana dijalankan di empat peringkat:
- Persekutuan (untuk bencana yang melibatkan dua atau lebih daerah) – diselaraskan oleh Jawatankuasa Pusat Pengurusan Bencana Pusat. Pusat operasi diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri dan setiausaha ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Peringkat Negeri (for disasters involving two or more districts) – coordinated by State Disaster Management Committee. The operation centre is headed by the State Secretary and the secretariat is the State-level Malaysia Civil Defence Force (MCDF – APM).
- Peringkat Daerah (for disasters involving one district) – coordinated by District Disaster Management Committee. The operation centre is headed by the District Officer and the secretariat is the District-level Malaysia Civil Defence Force (MCDF – APM).
- Peringkat Komuniti – coordinated by Civil Defence Emergency Response Team (CERT). The operation centre is headed by the Sub-District Head, Civil Defence, Volunteer Corps and secretariat is the Civil Defence, Volunteer Corps, and the Malaysia Civil Defence Force (MCDF – APM) who also functions as the secretariat.

Pemegang Taruh Semasa Bencana (Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)
AGENSI UTAMA
NADMA

Agensi pusat bagi pengurusan bencana di Malaysia ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ia ditubuhkan pada tahun 2015 dan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Peranan dan tanggungjawabnya adalah untuk:
- berfungsi sebagai agensi utama pengurusan bencana di negara ini
- merumuskan dasar pengurusan bencana kebangsaan
- menyelia pelaksanaan pengurusan bencana
- menyelaras inisiatif pengurusan bencana
- menyelaras latihan dalam pengurusan bencana
- melaksanakan program kesedaran awam
- melaksanakan Kajian Pasca Tindakan (After Action Review, AAR)
- mengurus Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)
- bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (peringkat kebangsaan)
- mengetuai misi pasukan kemanusiaan
- menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART Team)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
Dalam sebarang kecemasan atau bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah antara yang terawal bertindak balas. APM memainkan peranannya sebagai responden pertama dalam komuniti setempat serta mengambil alih peranan sekretariat kepada NADMA dalam bencana peringkat negeri dan daerah.
Fungsi APM adalah untuk:
- menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan menjadi perantara antara Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
- melaksana dan menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa bencana dan harta benda yang terancam atau akan terancam
- menyedia kenderaan pengangkutan darat dan air untuk tugas-tugas pengungsian (evacuation), pemindahan mangsa bencana dan penghantaran bahan-bahan makanan dan keperluan ke tempat kejadian bencana
- memberikan apa-apa bantuan dan khidmat kemanusiaan yang diperlukan di tempat kejadian
- memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian bencana
- menyediakan perkhidmatan ambulans dan memindahkan mangsa bencana ke hospital/klinik kesihatan
- melaksanakan kerja-kerja menyelam untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang/lemas/terperangkap
- menjalankan tugas-tugas pembersihan dan pemulihan kawasan selepas bencana
- membantu melengkapkan dokumen perkhidmatan forensik termasuk mengenal pasti mayat, pengumpulan sementara mayat dan perekodan bukti
- membantu menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan mengagihkan makanan kepada mangsa bencana
- membantu pihak PDRM dalam mengawal harta benda dan keselamatan mangsa bencana
- membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan pendaftaran mangsa bencana bagi maksud fasa pasca Bencana
UNIT PENGURUSAN BENCANA NEGERI
Setiap negeri mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau unit serupa yang dilantik, yang melapor kepada Pengarah Operasi Negeri, biasanya Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Unit-unit ini bertanggungjawab untuk:
- melaksanakan inisiatif persediaan, tindak balas, dan pemulihan bencana di negeri masing-masing
- memastikan penyelarasan di peringkat negeri dengan dasar dan agensi kebangsaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta organisasi bukan kerajaan (NGO).
PEJABAT DAERAH
Pengurusan bencana di peringkat daerah melibatkan jawatankuasa yang diketuai oleh Pegawai Daerah, dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah (JPBD), yang beroperasi di bawah struktur tiga peringkat NADMA untuk menguruskan krisis tempatan, menyelaras sumber, dan melapor kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk:
- mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
- menyelaras operasi mencari dan menyelamat
- mengurus kebajikan dan media semasa bencana
BADAN BERKANUN, PIHAK SWASTA, KUMPULAN SUKARELA, DAN INDIVIDU
Adalah penting untuk melibatkan ahli komuniti, kumpulan komuniti dan badan-badan lain dalam proses pengurusan bencana. Mereka boleh:
- membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan/atau Agensi Peneraju dalam setiap fasa pengurusan Bencana meliputi bantuan makanan, bekalan air bersih, Pemulihan awal, komunikasi kecemasan, kesihatan, perubatan, logistik, perlindungan keselamatan, pusat pemindahan, pendidikan dan Kesedaran Awam dan sebagainya.
- melapor dan membantu penyelarasan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) atau di pusat pemindahan, bergantung kepada bentuk bantuan yang diberikan
- menjalankan tugas-tugas pasca Bencana