Pendengar dan Pemerhati
Dengan menyertai SlopeWatch, penduduk menjadi 'telinga dan mata' bagi pihak berkuasa tempatan. Memandangkan mereka lebih mengenali kawasan sekeliling, penduduk adalah pemerhati terbaik untuk mengesan sebarang perubahan pada cerun di sekitar rumah mereka.